CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 25, 2012

Sambung belajarrrr ~ ~ ~

Hello peeps ! Korang camne hari ni ? Alhamdulillah sihat je semua kan ? 
Okay, tajuk perbincangan hari ni *ops ! silap =P*
Lantak ah, malam ni aku nak u olls baca ape yang aku nak tulis ni  =D



Aku lepas abis SPM hari tu dah tak tau nak buat ape, cari kerja manager tempat aku nak tu 
buat buat sombong plak ngan aku, sampai sekarang tak call aku  =,='
aku ingatkan boleh la aku nak cari nafkah zahir dan bat*n untuk sementara tunggu nak masuk belajar ni
tapi apakah daya aku sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina, maybe tak sampai seru lagi aku kerja kot =P
Duit yang ade ngan aku sekarang pun makin lama makin hilang plak, aku letak dalam dompet kejap je 
duit tu lari daripada aku dowh ! HAHAHA XDXDXD
Aku syak ade orang tak puas hati ngan aku ni, dia pi santau beg duit aku sampai takde duit dah dalam tu, 
aku pun kadang kadang bila bukak dompet aku, nak menangis pun ade, nak tergelak pun ade ~
ye lah, dompet punye lah besar kapasiti tempat nak isi duit kertas dan syiling emas Malaysia
tapi sayang, penghuninya pulak tak berniat nak tinggal dalam tu =P


Dah dah, aku dah naik merepek dah  =,='
Sambung balik ape aku nak cerita kat korang pasal tajuk post kali ni  =D
Aku sebenarnya pening nak pilih mana aku nak sambung belajar ni, sekarang aku dah ade pilihan antara Unisel, Ranaco College, TAJ University, KLMU (dah reject xD) ngan sambung balik zaman sekolah aku dalam Form 6 ! Sekolah balik ? Bergurau ke nuar oii ? XDXDXD

Memang korang cakap nape semua swasta ? 

Sebab aku punye result hari tu bukannya cun melecun lagi dabomm !  =,='
Dah jangan berangan nak tanya pasal kejadiaan yang menyayat hati yang bernama SPM, aku takkan respon ape ape pun  =P 
Okay, balik pada asal, minat aku memang berkait ngan komputer, memang niat aku nak sambung study pasal komputer ni, tapi lepas aku pikir pikir semasak masak masak sampai hangus, aku tak jadi amik sebab persaingan lepas keluar belajar nanti banyak bhai ! bukan aku takut nak challenge, tapi aku takut  xD
Aku akan fikir balik lepas aku abis tulis ni, sebab masa aku tulis ni, aku tak fikir lagi pun nya adoii ! ^.^

Tuesday, April 24, 2012

I'm Backkkkkkkkk ! =D

Hello peeps ! Mesti korang semua tanya nape aku lama dah tak tulis ngan mencarut dalam blog buruk aku ni ! 
HAHAHA ! Rindu kat aku takyah citer la kan ? =P 
Okayokay, aku taknak mengarut lagi, aku bukak balik blog aku ni sebab aku bosan 
ngan aku tak tahu nak buat ape sekarang =,='



Selamat Berjumpa Balik Kawan-Kawan xD

Sunday, May 29, 2011

Wahai teman wanitaku =)

  1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
  4. Dia berusaha mengonkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan seluruh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
  16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
  20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.
  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
  23. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.

*Lelaki adalah manusia juga, tidak akan sesempurna yang dikau harapkan. 
aku bukan nak cakap pape, tapi semua kat atas tu memang TERBAIKK ! =)

Saturday, May 21, 2011

Dah laa,

dah laa, aku dah penat dah layan pasal korang ni ~ lantak korang laa nak cakap ape ape pun, aku dah tak kisah ~ korang just cakap je ape yang korang rasa nak cakap, aku nak dengar je tau .. aku tak nak marah ngan kalau boleh tak nak amik tahu pun pasal ape yang korang nak cakap pasal aku =)

Sunday, May 8, 2011

:: Exam Lagii =.=' ::

pernah tak korang rasa cam tak nak amik exam ? xD *tak payah tipu, memang betul korang benci exam kan* aku kalau boleh tak nak je amik exam ouh ! bukan kerana takut nak tengok markah aku xP tapi tak nak kasi otak "terbaikk" aku ni jadi tension sebab duk pikiq pasal exam je memanjang haa ! ^^ tapi kalau fikir-fikir balik, bagus gak "Kerajaan Malaysia" ni buat exam untuk student-student "terbaikk" dia terutama macam aku ni =D korang boleh nampak dari segi aku tulis ni macam aku happy je nak exam kan ? xD *benci exam ! benci exam !*




hell yeahh ! xD


tapi kalau bagi budakbudak yang cerdik pandai lagi bijak dan lagilagi lah ! *malas aku  puji diorang banyak-banyak xD* time exam laa paling diorang ni semua duk tunggu ngan menunggu satu sama lain nak tunjuk saper lagi terer bab-bab meniru dan menipu cikgu ! *ehh ! silap-silap ! tuu aku xD* dan esok start balik laa aku 'berperang' ngan kertas-kertas yang bakal diconteng oleh aku ! cewahh ! ayat ! xD boleh dah aku dapat A dalam exam BM nanti ^^ tapi satu je aku pelik skit pasal exam kali ni ouh, awal-awal PI dulu yang start, lepas agama baru laa start BM =.='

gilergilergiler ! xD



tapi nasib baik laa jugak paper +Math, Chemistry, Physics dalam kelas, yang paper lain-lain semua kena buat dalam dewan sekolah yang besar lagi nyaman kerana angin sepoi-sepoi bahasa =D esok dah exam tapi aku sempat lagi buat lawak untuk "menlawakkan" diri aku sendiri supaya tak terasa stress sangat untuk esok xD btw, saper-saper yang baca ni, tolong doakan untuk aku tau supaya otak "terbaikk" aku ni boleh berfungsi lagi baik dan aku boleh jawab dengan kelajuan yang maksima ! HAHAHA xD *jangan risau, kertas aku tak pernah kosong ^^*

Wednesday, April 27, 2011

:: Surat Cinta Terbaikk ! xD ::



surat cinta tahap cipan mengandung !


korang boleh laa salin ayat-ayat dalam ni pastu bagi kat makwe masing-masing, confirm cairr punyer ! HAHAHA xD

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?

Sunday, April 24, 2011

:: Alahaiii , ::

alahaiii, ape laa nak jadi ngan aku ni, naik motor ngan orang lain je exident, naik ngan orang lain je exident ~ aku ni memang tak boleh bawak orang lain eh ? xD kalau tak boleh lambat skit kot minyak motor aku abiss, HAHAHA ! dah, bukan aku nak cite pasal minyak or aku tak boleh ada penumpang tambahan kat belkang aku, mehh atok nak cite pasal kejadian menyayat hati semalam ^^



pada Sabtu 23 April 2011 bersamaan hari jadi kakak aku, aku dan kawan terbaik aku telah menerima luka-luka yang agak teruk, aku je yang teruk, amar tak pun xD dan oleh kerana kejadian ini lah terpaksa aku duduk rumah terbaring tak buat apa-apa =.=' kejadian ini jugak laa yang memaksa aku tak boleh pergi sekolah kesayangan aku selama seminggu ! makk, nak pergi sekolah T.T

amar punye luka just kat ibu jari kaki, entah camne kaki dia boleh luka, padahal aku yang bawak =.=' dan mangsa yang terbaik adalah SAYA xD terpaksa melihat lubang di lutut belah kaki kiri, makaihh ! tak pernah kot excident sampai lutut aku nampak tulang =.=' aku masa awal-awal kena ouh, muka still cool beb ! dah aku angkat seluar aku sebab pelik jugak nape darah tak berhenti kuar, tup-tup angkat, mau pengsan aku ! wahh ! besarr nya lobang ! dan pada masa tu laa, aku rasa cam nak pengsan =D

gambar stoking saya yang baru pakai sekali je xD



pandangan aku cam kabur je, putih je aku tengok keadaan sekeliling aku =.=' okayy, sekarang atok nak cite pasal kawan terbaik atok plak, boleh kan ? xD Muhammad Amar Ikhwan B Hussein Sukri engkau laa satu-satunya kawan aku dalam dunia ni yang sentiasa ada bila aku excident ^^ aku pun tak tahu laa nape setiap kali aku excident or jatuh dalam lubang ke, kau sentiasa je ade nak tolong aku =)

insyaallah aku akan sentiasa ada nak tolong kau lepas ni amar, aku tengok air mata kau jatuh time aku nak pengsan kan =') kau sanggup pegang aku sebab takut aku jatuh, kau pergi cari doktor sebab kau tak nak aku lagi banyak kehilangan darah kan, kau memang kawan aku yang TERBAIKK ! terima kasih amar =D