CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 27, 2011

:: Surat Cinta Terbaikk ! xD ::



surat cinta tahap cipan mengandung !


korang boleh laa salin ayat-ayat dalam ni pastu bagi kat makwe masing-masing, confirm cairr punyer ! HAHAHA xD

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?

Sunday, April 24, 2011

:: Alahaiii , ::

alahaiii, ape laa nak jadi ngan aku ni, naik motor ngan orang lain je exident, naik ngan orang lain je exident ~ aku ni memang tak boleh bawak orang lain eh ? xD kalau tak boleh lambat skit kot minyak motor aku abiss, HAHAHA ! dah, bukan aku nak cite pasal minyak or aku tak boleh ada penumpang tambahan kat belkang aku, mehh atok nak cite pasal kejadian menyayat hati semalam ^^



pada Sabtu 23 April 2011 bersamaan hari jadi kakak aku, aku dan kawan terbaik aku telah menerima luka-luka yang agak teruk, aku je yang teruk, amar tak pun xD dan oleh kerana kejadian ini lah terpaksa aku duduk rumah terbaring tak buat apa-apa =.=' kejadian ini jugak laa yang memaksa aku tak boleh pergi sekolah kesayangan aku selama seminggu ! makk, nak pergi sekolah T.T

amar punye luka just kat ibu jari kaki, entah camne kaki dia boleh luka, padahal aku yang bawak =.=' dan mangsa yang terbaik adalah SAYA xD terpaksa melihat lubang di lutut belah kaki kiri, makaihh ! tak pernah kot excident sampai lutut aku nampak tulang =.=' aku masa awal-awal kena ouh, muka still cool beb ! dah aku angkat seluar aku sebab pelik jugak nape darah tak berhenti kuar, tup-tup angkat, mau pengsan aku ! wahh ! besarr nya lobang ! dan pada masa tu laa, aku rasa cam nak pengsan =D

gambar stoking saya yang baru pakai sekali je xD



pandangan aku cam kabur je, putih je aku tengok keadaan sekeliling aku =.=' okayy, sekarang atok nak cite pasal kawan terbaik atok plak, boleh kan ? xD Muhammad Amar Ikhwan B Hussein Sukri engkau laa satu-satunya kawan aku dalam dunia ni yang sentiasa ada bila aku excident ^^ aku pun tak tahu laa nape setiap kali aku excident or jatuh dalam lubang ke, kau sentiasa je ade nak tolong aku =)

insyaallah aku akan sentiasa ada nak tolong kau lepas ni amar, aku tengok air mata kau jatuh time aku nak pengsan kan =') kau sanggup pegang aku sebab takut aku jatuh, kau pergi cari doktor sebab kau tak nak aku lagi banyak kehilangan darah kan, kau memang kawan aku yang TERBAIKK ! terima kasih amar =D

Wednesday, April 13, 2011

:: Terbaikk ! ::

okayy ! bagus sangat lah kau reka cerita lagi kan ? giler ahh kau kali ni, aku dah lama dah tak dengar pasal kau ~ tup-tup nama kau naik balik dalam otak aku ni =.=' aku pun tak tahu la nak cakap camne lagi kat kau, aku tengok kau dah besar panjang, otak dah ade, akal dah sihat, dan yang paling penting aku tak amik tahu langsung pasal kau kan ?

hari tu aku ingat pasal ni dah abiss, rupa-rupanya ade lagi yang duk menyemak ! kau reka cipta yang bukan-bukan pasal aku tu pehal ? kau nak tengok aku camne lepas tu ? aku cakap terus-terang nii, aku TAK KISAH langsung kau nak reka-reka cerita pasal aku tau =) mak aku siap pesan lagi kat aku, kalau aku tak buat, buat ape aku nak marah ngan fikir pasal benda-benda kecik camni ? tapi ade satu je aku harap kau faham, oleh kerana kau ni pekak ngan tak boleh nak fikir, meh aku ulang balik ayat aku bagi kat kau hari tu ~ 'kau buat la cara ape-ape pun, aku takkan beri hati aku kat kau or orang lain' =)

dan mesti kau nak tahu ape aku rasa kan ? aku rasa aku nak jadi cam "hulk" kat bawah tu dan aku nak lenyek-lenyek kau sampai aku tak boleh dengar lagi kau buat cerita pasal aku xD

aku lenyek kau ! xD

Saturday, April 9, 2011

:: Lelaki menangis ::



Wahh .. Jiwang plak entry aku kali ni xD Apa pendapat anda bila lelaki menangis kerana putus cinta ? Normal ke ? Ataupun ia perkara pelik ? Selalunya orang akan kutuk, "Eh.. Tak malu ke laki nangis? Cam pompuan lah kau nie !". Biasanya perempuan je yang nangis bagai nak rak bila kecewa bercinta .. Lelaki biasanya rileks je .. Berlagak slumber je walaupun sebenarnya dalam hati nie sakit, jiwa merana .. Kalau situasi sebaliknya plak camne ?


Aku ada seorang kawan .. Beliau nie kalau kat sekolah boleh tahan cover pasal perasaan ni Tapi bab hati n perasaan ni, beliau tumpas jugak .. Nangis beb .. Frust menonggeng bila kena tinggal ngan awek .. Kena pulak time baru nak cukup sebulan hubungan diorang .. Lagi la sedih .. Makan tak lalu .. Tidur tak lena .. Mandi tak basah .. Ahh .. Tipu lah kalau mandi tak basah ! HAHAHA ! Mandi kerbau pun basah .. ^^ Hhmm .. Bila dengar lagu-lagu berkaitan ngan perasaan nie, lagi la hancur remuk jiwa beliau .. merah mata-mata dowh ! hhmmm .. Sekeras-keras lelaki, akhirnya nangis juga bila hati dan perasaannya terasa dipermainkan .. (betul x) =')


Apa pendapat anda mengenai lelaki macam ni ? Bagi aku la kan.. Lelaki nie memang susah nak menangis .. Tapi kalau seseorang lelaki menangis disebabkan cinta, ini menggambarkan beliau seorang yang sangat serius bila bercinta .. Sangat setia kepada kekasihnya .. Dia sanggup buang egonya n sanggup gadaikan maruahnya sebagai seorang lelaki untuk tunduk memujuk rayu kepada perempuan tersebut .. Perempuan yang telah menolak cintanya supaya kembali ke pangkuannya ..


Bayangkan bila orang yang kita sayang, orang yang kita harapkan menjadi sebahagian daripada hidup kita meluahkan yang dia sudah tidak ada perasaan lagi kat kita secara tiba-tiba ? Ya Allah .. Sakitnya hati .. Segala impian dan angan-angan kita menuju hari bahagia tu musnah secara tiba-tiba .. Dia cakap senang la .. Maybe takde jodoh .. Bunga bukan sekuntum lah .. Yang menanggung tu bukan kau ! Haihh, kenapa aku plak yg over nie ? hahaha ! Rileks bro ! Jangan emo sangat ! Ini pendapat aku la ..


Lelaki macam nie jugak bagi aku seorang yang sukar jatuh cinta .. Walaupun muka dia market, ramai kawan perempuan or ramai peminat, beliau seorang yang tidak mudah melafaz or menerima cinta .. Tetapi sekali dia jatuh cinta, selamanya dia akan setia .. Cewahh ! xD Kalau dia putus cinta, dia akan berasa serik untuk bercinta lagi .. Kepada perempuan, kalau jumpa lelaki macam ni, hargailah cinta dan kasih sayang beliau.. Lelaki macam nie satu dalam seribu .. Yelaaa.. Biasanya bila putus cinta, perempuan akan cakap, "Lelaki semuanya sama ! Aku benci lelaki !".. Salah tu cik adik .. Aku sangat tidak setuju dengan statement tersebut ! Tak semua lelaki macam tu =)


Putus cinta nie memang menyakitkan .. Bila hati dah hancur luluh .. Jiwa remuk berkecai .. Nak wat apa pun lemah-gemalai je .. Jiwa kosong .. Tapi jangan jadi bodoh sampai sanggup terjun bangunan, gantung diri, baring kat landasan keretapi ! Nyawa tu bukan hak kita tau ~ Nyawa tu hak Allah .. Hanya Allah yang berhak mengambilnya kembali .. Jangan pandai-pandai nak amik nyawa sendiri .. Neraka lah tempat anda jika anda berniat begitu 


kenapa hari ni panjang berjela-jelaa ehh ? =.='

Wednesday, April 6, 2011

:: Selalu adaa ::

saat awak mintak tolong saya, saya akan selalu tolong awak selagi saya mampu
saat awak kesusahan , saya akan selalu bagi pertolongan kat awak
saat awak ada masalah, saya akan selalu akan jadi pendengar yang setia 
dan saat awak nak mintak tolong, saat awak kesusahan, saat awak ada masalah
tapi saya tak boleh nak tolong awak, 
saya nak mintak tolong awak, tolong maafkan saya okayy =)


i'm not perfect but i love you =)

Tuesday, April 5, 2011

:: Sikit Lagi Siott ! xD ::

                                           taksabartaksabartaksabar ! xD 

Sunday, April 3, 2011

:: tak faham ke ? ::

okayy, kali ni aku agak marah skit nak tulis hari nii =.=' aku cuma tak faham perangai EX-GF aku dulu ouh ! dah terang tang-tang aku dah couple ngan orang lain ! tapi yang dia ni asyik duk follow je kisah hidup aku ni ape hal ? aku kadang-kadang naik muak gak kalau hari-hari camni ~ betul aku tak tipu ! tapi tak tahu laa kalau korang semua suka kalau EX korang masih duk cara hal tepi kain korang xD



hambikk ! ^^

sekarang ni pun aku tengok kawan baik aku duk risau je pikir pasal kau ~ sibuk duk tanya aku kau sayang tak dia laa, kau rindu dia takk, kau buat ape laa kat sana =.=' aku betul-betul kesian kat kawan aku ouh, please laa, kalau sebab aku jangan laa libatkan perasaan kawan aku ! aku memang tak sanggup nak tengok kawan-kawan aku merana sebab kau ='( kawan aku tu bukan main setia ngan kau, takkan kau tak boleh nak setia ngan dia ? cuba kau fikir baik-baik =)



and last sekali aku nak cakap kat kau, takkan kau tak tengok aku lagi bahagia sekarang berbanding ngan kau dulu ? sorry kalau aku cakap ni buat kau sakit hati ke kecewa ~ tapi memang realiti dan betul .. aku kalau dah melekat setia kat orang tu, insyaallah aku akan setia giler babi xD ! btw, mesti kau masih ingat perkataan ni kan ? 'aku takkan kutip balik sampah yang orang dah buang' =) 


mood : kosong ngan agak tertekann yee ! =.='

Friday, April 1, 2011

:: Dah boleh tidur awal ! xD ::

tajuk macam gedik je kan ? HAHAHA ! aku saje je nak cakap yang sekarang ni aku dah boleh tidur awal macam orang normal .. kalau korang nak tahu dulu-dulu aku kalau tidur mesti pukul 2 or 3 pagi =.=' pastu kesan yang paling ketara nampak kalau tidur lewat-lewat ni adalah :


ter-mengantuk kat mana-mana tempat yang korang rasa boleh tidur xD